07 Januari 2008

Senaman Tua Sebagai Peningkat Kecergasan

Oleh ELIZA HAFIZ
Pakar Keceraaan Sukan, WHYFIT SPORT ADVENTURE SDN BHD

Pengenalan
Jika dilihat dari segi nama atau zahirnya, ia menggambarkan set-set senaman yang diamalkan oleh orang-orang tua sahaja. Senaman Tua dalam erti kata sebenar adalah seni senaman tradisi yang dianggap terbaik antara seni senaman tradisi yang lain. Sebenarnya seni Senaman Tua ini ada kaitan dengan persembahan seni silat. Dalam silat, Senaman Tua ini dilakukan dalam sesi memanaskan badan.

1001 Rahsia
Pengasas Senaman Tua yang juga Pemegang Amanah Utama Silat Melayu Keris Lok 9, Azlan Ghanie menyatakan bahawa terdapat 1001 rahsia di sebalik setiap pergerakan senaman ini.

Dipercayai 3 kali ganda lebih kuat Dewasa ini, Senaman Tua menjadi sejenis senaman yang penting dan dipercayai dapat meningkatan kekuatan sehingga tiga kali ganda dari jenis senaman yang lain. Walaupun tiada kajian saintifik yang khusus tentang keberkesanannya, namun beberapa testemoni yang diterima daripada pengamal Senaman Tua ini menjadikannya satu tanda tanya.

Testimonial 1: Ahmad Qadir Firdaus
Ahmad Qadir Firdaus, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa mendapati bahawa beliau yang selama ini tidak boleh melihat telapak kainnya sendiri (apabila duduk seperti duduk tahiyat akhir) telah dapat berbuat demikian setelah beberapa bulan mengamalkan Senaman Tua.

Testimonial 2: Remaja
Seorang remaja telah pulih daripada sinusitis yang dihidapinya sedari kecil. Mungkin ianya hanya kebetulan atau mungkin memang tersirat 1001 rahsia di sebalik senaman ini.

Static Concentration
Secara teori sainsnya Senaman Tua ini dilakukan dengan prinsip ‘static concentration’ dengan menggunakan berat badan sendiri (kalistenik). Pergerakan senaman ini bermula dengan senaman pada tapak kaki yang dikenali sebagai Tapak Sembilan.

Teknik ini menyerupai teknik refleksologi yang dipercayai dapat mempertingkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan.

Kebanyakan pergerakan di dalam Senaman Tua ini dilakukan dengan perlahan-lahan dan apabila tiba pada sesuatu posisi, individu perlu bertahan pada kedudukan tersebut selama 30 saat.

Antara pergerakan dalam ST
Pergerakan-pergerakan di dalam Senaman Tua ini dikenali dengan pelbagai gelaran antaranya Tapak 9, Naga Berlabuh, Anak Raja Turun Ke Kolam, Bunga Teratai dan sebagainya yang menggambarkan pergerakan tersebut.

Kenapa berkesan?
Pada pendapat saya, konsep Senaman Tua ini dapat meningkatkan kekuatan kerana pergerakannya yang bukan sahaja tertumpu pada otot-otot besar (seperti dalam kebanyakan program latihan bebanan) malah konsentrasi turut diberikan kepada synergist kepada otot-otot terbabit.

Tidak tertumpu pergerakan biasa
Selain itu, pergerakan dalam Senaman Tua ini juga pelbagai dan tidak tertumpu kepada pergerakan biasa sendi dan otot. Contohnya sendi lutut kita jarang-jarang digerakkan ke sisi. Terdapat pelbagai senaman kaki yang menggerakkan sendi ke pelbagai arah yang dipercayai dapat menghilangkan sakit lutut yang dihidapi kebanyakan orang.

Tiada ulasan: