30 Oktober 2008

Fatwa mengenai yoga dalam tempoh terdekat

GEORGETOWN: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam dalam tempoh terdekat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata keputusan itu akan diumumkan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Sementara itu, Osman berkata, seminar dua hari yang bermula hari ini anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan Jakim, mengetengahkan konsep kelestarian pemikiran Islam yang berupaya merentasi cabaran bersifat kontemporari di masa akan datang.

“Penganjuran seminar ini juga mempunyai makna yang besar khususnya dalam usaha memperkasakan kredibiliti dan pencapaian umat Islam dalam mendepani cabaran dunia tanpa sempadan serta menangani isu fiqh kontemporari,” katanya. - Bernama

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20081029142817/Article/

29 Oktober 2008

Yoga pesong akidah: Zakaria


GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang bertajuk Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.

"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka. Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.


“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081029002900/Article/

20 Oktober 2008

Buku Senaman Tua

Untuk membeli buku Senaman Tua Melayu oleh Azlan Ghanie, sila hubungi webmaster@silatmelayu.com atau telefon +6016 3085 789.

Harga buku Senaman Tua Melayu ialah RM60.00+RM10.00 Poslaju di dalam Malaysia sahaja.


15 Oktober 2008

Rabu di Setapak: Melangkah Kembali

Semalam saya mulakan kelas Senaman Tua saya yang pertama. Sepanjang empat tahun meninggalkan Senaman Tua, akhirnya keputusan untuk kembali membuahkan hasil yang diharapkan.

Saya sudah lama berhajat meneruskan kegiatan Senaman Tua, namun komitmen keluarga dan kerja seringkali menidakkan hasrat itu.

Alhamdulillah, selangkah masuk ke dalam Gelanggang Tok Merpati Jepang, saya sudah terasa seperti sirih pulang ke gagang.

Bersambung...