Senaman Tua atau ‘Senaman Perkasa’ itu berasal dari Perguruan Silat Melayu dan pergerakannya diambil dari ‘disiplin tradisi gerak dan kawalan nafas’.
Ia menjadi amalan harian guru-guru silat lelaki dan perempuan. Senaman tua tersebut telah dibukukan oleh Azlan Ghanie, penerbit majalah Seni Beladiri dan beliau adalah pengasas Senaman Perkasa (SP) yang pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Azlan Ghanie telah menemui lebih 1,000 guru-guru utama dan guru-guru tua samada silat dan bukan silat dan beliau telah membukukan cerita serta amalan mereka dalam buku Senaman Tua yang merupakan teras kepada program kesihatan dan kecerdasan atas branding baru – ‘Senaman Perkasa’ yang akan diperkenalkan ke seluruh negara kelak, justeru membantu umat Islam meningkatkan jati diri, kesihatan dan kecerdasan mental dan fizikal tanpa perlu kepada Yoga.
Menurut pakar kesihatan dan sains sukan serta bekas pesakit, Senaman Perkasa sebenarnya mampu merawat penyakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, asma, resdung, bahu beku, leukimia, kegemukan (obesiti), ghout dan sebagainya.
Senaman ini dalam sains sukan dikategorikan sebagai kalistenik. Ia merawat penyakit dan kecederaan melalui senaman dan gerak pernafasan. Juga yang uniknya, ia aerobik dan anaerobik iaitu mengenai perjalanan darah dan kekuatan jantung (kadeo vaskular). Pengakuan ikhlas para pengamal senaman tersebut dalam buku Senaman Tua dan VCD Senaman Tua telah menjadi bukti.
Untuk kecergasan dan kesihatan, buku Senaman Tua merupakan dokumentari yang membuktikan tamaddun dan tradisi bangsa Melayu juga cukup terbilang! Seperti perumpamaan yang menyebutkan “Hanya jauhari yang mengenali manikam”. Justeru, kalau bukan kita yang mempromosi dan memperkasakan jatidiri bangsa sendiri.
Sumber: http://kesihatan.bf-1.com/?p=85
Tiada ulasan:
Catat Ulasan