Kenali ST



Senaman Tua adalah sebahagian dari Silat Melayu Keris Lok 9 yang dikaji dan dibangunkan pengasasnya, Prof. Dr. Pendita Azlan Ghanie daripada warisan keluarganya. Kini, ia diajar kepada umum berasingan daripada silat sebagai pemangkin kecergasan dan kesihatan.

PESENAM (Persatuan Pengamal Senaman Melayu Malaysia) adalah jentera yang dipertanggungjawabkan oleh Pendita Azlan untuk menggerakkan, membangunkan dan menyebarluaskan ilmu warisan Melayu ini kepada seluruh rakyat Malaysia dan antarabangsa.